Pos Malaysia kini mengumumkan pengenalan penghantaran nirsentuh kepada pengguna, dan mengamalkan penjarakkan sosial. Melaluinya, kini Pos akan menggunakan ciri pengesahan 6 digit yang dihantar melalui SMS kepada penerima – dan tidak perlu lagi memberikan nombor kad pengenalan atau tanda tangan untuk menerimanya.

Pos Malaysia mengatakan kod pengesahan 6 digit akan dihantar kepada penerima barangan melalui SMS, dan penerima perlu membacanya kepada penghantar Pos Laju berkaitan.
Ciri baharu ini dijangka akan diimplementasikan secara berperingkat, sekaligus mengalakkan lagi penghantaran nirsentuh pada era norma baharu kini.