- Info
- Berikut merupakan kenyataan Maxis berkaitan hal ini:
- Info
- Maxis meminta maaf atas salah faham berkenaan Hotlink Unlimited Fair Usage Policy (FUP) yang hanya dilaksanakan pada situasi tertentu. Maxis juga ingin menjelaskan bahawa kami tidak menguruskan kelajuan kepada 512kbps dalam tempoh PKP.
- Info
- Tumpuan kami ketika berlakunya lonjakan rangkaian trafik yang ketara terutamanya dalam tempoh PKP adalah untuk memastikan akses rangkaian internet mudah alih kekal pantas dan tersedia untuk aktiviti harian pengguna seperti pencarian maklumat di laman web, e-pembelajaran dan bekerja dari rumah. Pengurusan rangkaian trafik bagi pengguna Hotlink terhad pada waktu sibuk ketika malam dari jam 8 hingga 12 tengah malam, dan ini tidak disalahfahamkan sebagai FUP. Sebaliknya, ini adalah langkah sementara untuk memastikan kekurangan kesesakan data untuk memastikan pengalaman pengguna yang baik. Kami akan terus memantau trafik dan tahap kualiti, sambil mengoptimumkan kapasiti rangkaian dan mempercepat peningkatan untuk mengekalkan pengalaman data pantas mudah alih yang baik. Kami mendorong pelanggan untuk menghubungi talian khidmat pelanggan kami untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.
Pelan prabayar dibawah Maxis, iaitu Hotlink kini mengatakan mereka melaksanakan FUP (Polisi Penggunaan Saksama) pada waktu puncak dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam, setiap hari sepanjang PKP ini.
Menurut wakil Hotlink melalui media sosial, mereka mengatakan perkara ini dilaksanakan dalam memastikan semua pelanggan dapat menikati perkhidmatan yang baik dan tanpa gangguan ketika berada di rumah.

Apa pun, tiada info lanjut berkaitan had dan sebagainya yang dikongsikan oleh pihak Maxis atau Hotlink untuk hal ini. Kami telah menghubungi pihak Maxis dalam mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya, dan akan kemaskini artikel sebaik sahaja menerima maklumbalas berkaitan perkara ini.
Mengikut pengamatan kasar, ia diilihat pengguna yang melanggan pelan tanpa had Hotlink yang ramai mengadu berkaitan perbezaan kelajuan ketika waktu puncak ini. Jikalau mengikut FAQ pihak Hotlink, dibawah FUP, pengguna akan dihadkan pada kelajuan 512kbps – tetapi ini adalah apabila telah menggunakan data melangkaui 50GB dalam sebulan.
Bagi anda yang menggunakan Hotlink atau talian Maxis, adakah anda melihat perubahan yang ketara pada kelajuan pelayaran web ketika waktu malam sepanjang PKP ini?