Cari @ Amanz

China menghadapi cabaran besar kini apabila pelbagai syarikat yang diharamkan daripada mengakses teknologi milik syarikat Amerika, sekaligus memberikan kesan terhadap pengeluaran semikonduktor – serta industri yang berkaitan dengannya.

Kini, dalam usaha untuk mengatasi perkara ini, sejumlah syarikat telah membentuk sebuah jawatankuasa piawaian semikonduktor. Jawatankuasa ini akan menyokong dan menjamin pembangunan yang sihat dalam industri IC (Integrated Circuit).

Sekitar 90 syarikat menyertainya, termasuk Huawei dan bahagian pengeluara cip mereka, HiSilicon, Xiaomi, Alibaba, Tencent dan juga pengeluar semikonduktor utama negara China, SMIC.

Selain syarikat, jawatankuasa ini juga disertai oleh institusi pendidikan.

Dengan piawaian yang lebih teratur, ia akan lebih melindungi arena semikonduktor di China – apatah lagi kini dengan tekanan yang dihadapi syarikat China kerana kekangan akses kepada teknologi dari negara lain.

Pada masa yang sama, ia dikatakan dengan perkembangan arena teknologi yang berkembang pesat, piawaian sedia ada dalam arena semikonduktor yang ditetapkan oleh International Electrotechnical Commission (ICE) seperti telah ketinggalan – dan kini memerlukan sebuah piawaian baharu dalam terus menilai prestasi cip dan sebagainya.

Buat masa ini, pembentukkan jawatankuasa ini masih pada peringkat awal, dan perlu melalui pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum beroperasi sepenuhnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd