Spotify Ingin Mencadangkan Lagu Berdasarkan Kepada Keadaan Emosi Anda

Diterbitkan pada Feb 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Spotify kini telah memfailkan sebuah paten baharu, dimana mereka ingin mencadangkan pilihan lagu yang sesuai dengan seseorang berdasarkan kepada keadaan emosi semasa.

Paten berkenaan memperlihatkan Spofity akan menganalisa keadaan suara pengguna yang melakukan input, dan seterusnya mendapatkan data seperti rentak suara dalam menganalisa keadaan emosi semasa.

Seterusnya, Spotify akan mencadangkan lagu yang bersesuaian dengan keadaan emosi berkenaan, termasuk dengan mengambil-kira jantina dan juga umur.

Data ini turut akan dipadankan dengan senarai lagu yang sering didengar dalam menawarkan pilihan lagu yang lebih sesuai kepada pengguna.

Spotify telah memfailkan paten ini pada 2018 yang lepas, dan tidak diketahuii lagi bilakah ia akan diperkenalkan kepada pengguna umum.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami