Cari @ Amanz

Hari ni Spotify memperkenalkan langganan harian, mingguan dan tahunan baru kepada pelanggan di Malaysia. Turut diperkenalkan ialah harga langganan Premium Family yang kini meningkat. Bermula Februari 2021, harga langganan bulanan ialah RM 23.80 dan tidak lagi RM22.40 sebulan. Harga baharu walau bagaimanapun akan hanya akan berkuat kuasa bermula Mac 2021 kepada pelanggan sedia ada.

Ini adalah peningkatan sekitar 7% berbanding harga sebelum ini. Pengumuman harga baru ini dilakukan menerusi emel kepada pelanggan pagi ini. Dengan harga baru ini, langganan Spotify Family Premium menjadi lebih mahal berbanding Apple Music Family yang ditawarkan pada harga RM22.90. Setakat ini tiada perubahan harga dilakukan kepada langganan bulanan untuk akaun persendirian lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd