MediaTek M80 Dilancarkan – Modem 5G mmWave Dan Sub-6 GHz

Diterbitkan pada Feb 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mediatek pagi ini melancarkan modem terkini mereka iaitu MediaTek M80. Ia merupakan modem 5G pertama keluaran mereka yang menyokong kedua-dua rangkaian mmWave dan Sub 6GHz. M80 ialah penambahbaikan berbanding modem MediaTek M70 yang digunakan pada cip Dimensity mereka sebelum ini.

MediaTek M80 mempunyai kemampuan kelajuan muat turun sehingga 7.67Gbps dan muat naik pula pada kelajuan 3.76Gbps. Sekali lagi ini ialah peningkatan kelajuan muat turun yang ketara berbanding 4.7 Gbps sahaja pada M70. Modem MediaTek M80 menyasarkan penggunaan pada telefon pintar, komputer riba, peranti berhubung, peranti hotspot, pengilangan dan banyak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami