OnePlus Nord N1 5G Adalah Pengganti Bagi Nord N10 5G

Diterbitkan pada Feb 2, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus Nord adalah kategori kelas peranti kelas pertengahan terbaru dari OnePlus. OnePlus yang kini merupakan syarikat besar, mengikut strategi pesaing seperti Realme, Oppo dan Xiaomi – di mana melancarkan banyak peranti dalam jarak masa yang pendek.

OnePlus Nord adalah yang lebih premium, dijana Snapdragon 765G, kamera bertaraf peranti mercu, Oxygen OS terkini dan harga yang mampu milik. Manakala, siri Nord N pula adalah untuk kategori lebih murah dengan sokongan kemaskini setahun sahaja. Dua peranti berada dalam kategori ini, N10 5G dan N100. Terkini, Max Jambor iaitu tertiris terkenal menyatakan OnePlus akan hadir dengan OnePlus N1 5G pula sebagai pengganti kepada N10 5G.

Selain dari OnePlus 9, OnePlus 9e/OnePlus 9 Lite dan OnePlus 9 Pro yang akan dilancarkan pada tahun ini, N1 5G turut akan sertai sebagai peranti baru 2021 OnePlus. Memandangkan siri Nord N hanya bertahan selama setahun, ada kemungkinan besar N1 5G dilancarkan selepas N10 5G sudah dihentikan sokongan. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami