Cari @ Amanz

Illegear ialah jenama pembina komputer tempatan yang cukup terkenal untuk kepelbagaian pilihan komputer riba dan juga desktop mereka yang berkuasa.

Terkini, Illegear telah memperkenalkan siri komputer desktop paling padat mereka, yang dinamakan Illegear Pulse. Komputer ini bukan sahaja hadir dengan rekaan SFF yang sangat padat, tetapi juga dlengkapi komponen-komponen dalaman yang menjadikannya sebuah komputer berkuasa.

Bermula dengan rangka desktop komputer ini, ia menggunakan rangka NZXT H1, yang boleh dikatakan rangka komputer mini-ITX yang paling padat. Didalamnya, ia dilengkapi pilihan CPU AMD Ryzen 5000 ataupun CPU Intel generasi ke-10.

Bergantung kepada pilihan pengguna, mereka juga boleh memuatkan memori DDR4 sebanyak 64GB didalam komputer ini, Ia juga dilengkapi storan SSD NVMe PCIe.

Dari segi pilihan kad grafik pula, pengguna boleh memilih untuk mendapatkan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060Ti ataupun GeForce RTX 3070 bergantung kepada keterhadiran di pasaran.

Komputer Illegear Pulse ini boleh dilihat di laman web Illegear, dan merea telah mula menjualnya pada harga RM6199 untuk konfigurasi AMD Ryzen 5 3500, memori DDR4 8GB dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd