Carian
Apple Dilaporkan Menempah Cip Pemprosesan MediaTek Untuk Produk Beats
February 2, 2021 Fahim Zahar

Antara syarikat cip pemprosesan yang Apple pilih adalah Intel dan Qualcomm. Apple tidak pernah lagi memilih syarikat seperti MediaTek. Akhirnya, baru-baru ini Apple dilaporkan telah menempah cip pemprosesan dari MediaTek.

Tidak jelas cip manakah yang Apple tempah, tetapi ia dikatakan adalah untuk produk-produk Beats. Jika Beats, ini bermakna aksesori audio dan disebabkan Apple tidak lagi menyertakan set fon telinga dalam pembelian iPhone – aksesori-aksesori audio rasmi Apple seperti Beats akan menjadi pilihan.

Apple dijangka akan memasarkan 200 juta iPhone pada tahun ini, dan pasti beberapa peratus dari setiap pembeli iPhone itu akan inginkan aksesori audio yang diiktiraf Apple. Sama-sama kita nantikan.

Komen