Cari @ Amanz

Perkhidmatan penstriman permainan video GeForce Now ialah sebuah perkhidmatan yang membenarkan pengguna untuk menstrim permainan yang dimiliki mereka tanpa memerlukan komputer yang berkuasa.

Sokongan untuk GeForce Now baru-baru ini telah dipertingkatkan dengan dua kemaskini utama, khususnya untuk pelayar web Google Chrome dan juga komputer riba Apple MacBook terbaru yang menggunakan cip pemprosesan Apple M1.

Selain daripada itu, GeForce Now turut memperkenalkan ciri baru dimana pengguna boleh menyimpan penanda permainan untuk akses yang lebih cepat kepada permainan-permainan kegemaran mereka, tidak kira di desktop ataupun di pelayar web.

Perkongsian permainan kepada rakan-rakan juga dipermudahkan menggunakan pautan sahaja, dan berfungsi pada mana-mana platform, tidak kira PC, Android ataupun iOS.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd