RedmiBook Pro edisi tahun 2021 dilihat akan dijana dengan cip Intel yang terkini, iaitu generasi kesebelas. Cip ini adalah Tiger Lake H35 dan Redmi mungkin akan menawarkan dua variasi, iaitu i5 dan i7. Selain itu, variasi AMD Ryzen 5000 turut akan diperkenalkan, bagi meluaskan lagi pilihan kepada pengguna.

Terkini Redmi tekah berkongsi poster baharu mengenai beberapa ciri dan fungsi yang dibawakan ke komputer riba ini. Pertama, RedmiBook Pro akan hadir dengan papan kekunci bersaiz penuh. Kemudian, ia juga akan hadir dengan skrin 2K, storan dalaman NVMe SSD, USB-C dengan sokongan Power Delivery, butang kuasa yang turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari serta panel belakang besi.

Bagi yang tidak mengenali komputer riba Xiaomi atau Redmi, mereka jarang tawarkan sokongan kamera web. Bermula dengan siri ini, semua komputer riba Xiaomi dan Redmi selepas ini dikatakan akan hadir dengan kamera web. Bagi memudahkan lagi produktiviti dan multi-tugasan pengguna, port sambungan HDMI penuh turut disertakan.
RedmiBook Pro mungkin akan dipasarkan di China sahaja. Harga jualan mungkin akan menjadi mampu milik berbanding dengan jenama lain.