Cari @ Amanz

Lenovo ialah jenama teknologi yang cukup terkenal sekali untuk siri komputer desktop dan komputer riba mereka yang sangat berkuasa, dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis senario.

Bersempena Tahun Baru Cina, Lenovo Malaysia memperlihatkan jualan diskaun untuk sejumlah komputer-komputer riba ThinkPad dan sebagainya selama sebulan.

Diantara diskaun-diskaun terbesar yang diperlihatkan adalah untuk komputer riba seperti ThinkPad X1 Extreme Gen 3, ThinkPad X395, ThinkPad L490 dan ThinkPad L590 yang dikuasakan pilihan CPU Intel generasi ke-8 dan ke-10 dan CPU AMD Ryzen 3000.

Menurut Lenovo Malaysia, diskaun-diskaun ini ditawarkan bermula hari ini sehingga 28 Februari kelak, dan untuk ahli LenovoPro, mereka akan menerima diskaun tambahan lagi.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komputer-komputer riba Lenovo yang direndahkan harganya sempena Tahun Baru Cina ini, anda boleh melayari laman web Lenovo Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd