Cari @ Amanz

Tahun 2020 ialah tahun yang paling panjang kerana dihabiskan menjadi perkasam di rumah. Untuk mengurangkan kebosanan, konsol PlayStation 4 menjadi peneman dan medan pertemuan dengan rakan-rakan yang tidak dapat dikunjungi. Kita sudah di bulan Februari 2021 tetapi hanya sebentar tadi PlayStation Wrap-Up 2020 boleh diakses oleh pengguna PlayStation.

Menerusinya pengguna boleh melihat sendiri berapakah masa yang dihabiskan pada konsol PlayStation, jumlah permainan, permainan yang paling banyak dimainkan, jumlah trofi terkumpul, masa di atas talian dan banyak lagi. Untuk mengakses PlayStation Wrap-Up 2020 peribadi anda, sila ke pautan di bawah.

Secara peribadi kami tidak menyangka beratus jam telah dihabiskan tahun lalu di konsol PlayStation. Data yang diperlihatkan mungkin boleh anda gunakan untuk mengurangkan masa bermain atau seperti Barney Stinson dijadikan cabaran untuk menjadi lebih tegar sepanjang 2021.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd