Dalam satu pengumuman yang mengejutkan, Jeff Bezos, CEO dan pengasas syarikat teknologi Amazon mengatakan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai CEO syarikat tersebut pada penghujung tahun ini.
Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa beliau akan meninggalkan syarikat tersebut. Sebaliknya, beliau akan menjadi pengerusi eksekutif syarikat tersebut, dimana beliau akan memfokuskan kepada inisiatif dan perkhidmatan baru.
Jeff Bezos mengatakan bahawa jawatan CEO syarikat tersebut akan dipikul oleh Andy Jassy, iaitu CEO Amazon Web Services, salah satu cabang paling penting Amazon. Beliau juga telah bersama mengasaskan Amazon sejak 2003 bersama-sama dengan Jeff Bezos.
Peralihan tanggungjawab Jeff Bezos kepada Andy Jassy akan bermula pada suku ketiga tahun ini, dimana ia dijangka Jassy akan mengambil-alih jawatan tersebut sepenuhnya pada penghujung tahun ini.