Cari @ Amanz

ByteDance baru-baru ini dilaporkan akan bersemuka dengan Tencent, sebuah lagi syarikat teknologi gergasi China di mahkamah.

ByteDance, syarikat teknologi disebalik aplikasi video ringkas TikTok dan Douyin, menyaman Tencent kerana menyekat kandungan Douyin di aplikasi-aplikasi permesejan seperti QQ dan WeChat.

Aplikasi-aplikasi permesejan ini nampaknya tidak membenarkan pautan Douyin diakses, dan ByteDance bukan sahaja menyaman untuk memaksa Tencent untuk membenarkan pautan Douyin diaktifkan semula, tetapi juga meminta $14 juta (~RM56 juta) sebagai pampasan.

Ini adalah kerana Tencent mempunyai sekitar 2 bilion pengguna diantara aplikasi-aplikasi permesejan mereka, dan menghalang akses berkongsi pautan Douyin boleh dikatakan anti-kompetitif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd