Facebook Memperkenalkan Aplikasi Messenger Untuk Oculus Rift

Diterbitkan pada Feb 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penggunaan teknologi realiti maya sedikit sebanyak mengasingkan pengguna daripada realiti, dan komunikasi dengan mereka boleh dikatakan agak sukar.

Terkini, Facebook mengatakan bahawa peranti realiti maya Oculus Rift akn menerima sokongan untuk aplikasi permesejan Messenger melalui kemaskini v25 yang akan dikeluarkan secara berperingkat.

Messenger untuk Oculus Rift bukan sahaja akan membenarkan pengguna untuk mengakses senarai nama rakan Facebook, tetapi juga membolehkan rakan-rakan lain yang memiliki Oculus Rift untuk memasuki permainan anda.

Dari segi permesejan, Messenger untuk Oculus Rift ini membolehkan pengguna untuk menghantar mesej menggunakan ciri suara-ke-teks dan ayat-ayat yang telah ditulis lebih awal.

Kemaskini v25 ini juga membolehkan pembangun aplikasi Oculus untuk lebih mudah lagi menawarkan aplikasi realiti maya ke platform Oculus melalui App Lab.

Dengan App Lab, pembangun-pembangun ini tidak perlu memuat-naik aplikasi Oculus mereka melalui Oculus Store, dan pengguna boleh memuat-turun aplikasi-aplikasi ini terus daripada laman web mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami