Aplikasi OneDrive Untuk Android Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu Dan Menyokong Muat Naik Video 8K

Diterbitkan pada Feb 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OneDrive adalah pesaing kepada Google Drive, iaitu perkhidmatan storan awan tersendiri Microsoft. OneDrive terkenal degan pakej langganan Microsoft 365 kerana menyertakan kuota 1TB untuk perkhidmatan storan awan mereka. Terkini, Microsoft telah hadir dengan kemaskini baharu untuk OneDrive pada peranti Android.

Pertama, Microsoft kini menawarkan pengalaman penggunaan seakan Google Drive. Skrin utama OneDrive kini memaparkan fail-fail terkini yang baru diakses, fail yang telah dimuat turun, fail untuk kegunaan luar talian dan paparan gambar harian On This Day. Untuk mengakses fail penuh, hanya tekan pada tab dan pilih Files.

Microsoft juga menawarkan sokongan sandaran 8K, yang mana boleh memuat naik video pada saiz penuh dan kualiti penuh tanpa dipadat atau ditukar format. Perkara seperti ini akan memanfaatkan pengguna Samsung Galaxy S21 yang boleh merakam video 8K. Bukan itu sahaja, melalui aplikasi ini juga fail video 8K yang telah disimpan turut boleh distrim pada resolusi 8K tanpa sebarang masalah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami