TicWatch Pro 3 Dikemaskini Dengan Sokongan Mod Essential Yang Lebih Baik

TicWatch Pro 3 Dikemaskini Dengan Sokongan Mod Essential Yang Lebih Baik

Diterbitkan pada Feb 3, 2021 oleh .

Mobvoi adalah antara syarikat yang membantu menjayakan sistem operasi jam tangan pintar Google – Wear OS. Produk-produk ini ditawarkan melalui siri jam tangan pintar TicWatch. Antara yang terkini adalah TicWatch 3 Pro GPS yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon Wear 4100 dan mempunyai dwi-skrin.

Antara mod popular pada jam ini adalah mod Essential yang menggunakan skrin kedua jam untuk ketahanan bateri yang lebih baik. Terkini kemaskini baharu telah diedarkan. Berikut adalah senarai log perubahan;

Perkara Baharu;

  • Format paparan tarikh pada mod Essential kini boleh diubah.
  • Dalam mod Essential pengguna kini boleh tekan butang kuasa untuk hidupkan cahaya skrin.
  • Mod pencahayaan boleh dihidupkan atau dimatikan secara terus dari aplikasi Essential.
  • Nada dering notfikasi kini boleh dihidupkan atau dimatikan.

Perkara Diperbaiki;

  • Kelajuan pusing-untuk-hidup skrin dipercepatkan dengan kadar 1/4 saat.
  • Isu penjejakan tapak yang menghilang dalam mod Essential diperbaiki.
  • Tatalan bertambah lebih lancar.
  • Sisi skrin kini lebih responsif untuk disentuh.
  • Kecerahan mod Essential kini lebih malap.
  • Proses tambatan jam ke peranti kini lebih pantas.

Pepijat Dibaiki;

  • Masalah skrin tidak menyala apabila melakukan pusing-untuk-hidup.
  • Membaiki masalah menekan dua kali pada butang fizikal kedua.

Kemaskini ini akan ditawarkan melalui firmware versi PYDA.200427.080.MRB.210114.001. Ia akan diedarkan secara OTA, jadi semak jam anda untuk mengemaskini ke versi terbaru.

Beli TicWatch Pro 3 GPS Di Sini


Paling Popular