Cari @ Amanz

Tidak semua benda yang dikongsi di media sosial ingin dikekalkan selama-lamanya. Secara lazimnya kandungan dipadam jika putus cinta, menerima kecaman atau mempunyai kesilapan ejaan. Di Instagram, mereka telah memperkenalkan ciri baharu yang diberi nama Recently Deleted yang boleh mengembalikan semula kandungan yang telah dipadam.

Menerusi ciri ini kandungan gambar, video, Reels, IGTV dan Stories yang dipadam akan diletakkan ke dalam folder Recently Deleted. Pengguna kemudian akan diberikan masa 30 hari untuk mengembalikan atau menyimpannya ke dalam arkib (untuk Stories) sebelum ia hilang selama-lamanya.

Untuk mengakses Recently Deleted sila ke Settings > Account > Recently Deleted. Instagram memberikan ciri ini secara berperingkat ke pengguna global bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd