Oppo dilihat hadir dengan penawaran peranti baharu untuk pengguna di Malaysia menerusi pengenalan Oppo A15s. Untuk makluman, peranti pintar ini sebenarnya berkongsi spesifikasi yang sama seperti Oppo A15 sebelum ini. Cuma bezanya, Oppo A15s hadir dengan penawaran memori dan ruang storan yang lebih besar.

Bagi yang berminat, Oppo A15s ditawarkan pada harga RM599 untuk seunit. Anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform berbeza seperti kedai konsep fizikal, pengedar rasmi atau kedai atas-talian Oppo. Ia juga ditawarkan dalam dua pilihan warna berbeza seperti Mystery Blue dan Dynamic Black.

Untuk spesifikasi, Oppo A15s dilengkapi paparan 6.52-inci LCD dengan resolusi HD+, dijana cip MediaTek Helio P35, memori 4GB RAM, storan dalaman 64GB dan bateri berkapasiti 4,230mAh. Tetapan kamera utama pula terdiri dengan 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.
Spesifikasi lain termasuklah – menggunakan antaramuka ColorOS 7.2 yang dibina berasaskan Android 10, sokongan bluetooth 5.0, port sambungan microUSB dan banyak lagi.