Cari @ Amanz

VideoLAN merupakan salah satu organisasi disebalik pemain media popular, iaitu VLC Media Player.

Terbaru, kini VideoLAN menyambut ulang-tahun ke-20 sejak projek mereka dilancarkan. Ia pada awalnya telah dimulakan sebagai projek persatuan pelajar pada tahun 2000 yang lepas, tetapi pelancaran pertama telah dilakukan pada 1 Februari 2001.

Ia telah dilancarkan dibawah projek sumber terbuka, dan sejak daripadanya, ia telah berkembang dengan angka pengguna yang tinggi di seluruh dunia.

VLC Media Player kini digunakan setiap hari oleh ratusan juta pengguna diseluruh dunia. Perisian pemain media ini ditawarkan untuk hampir semua platform, termasuk Android, iOS, macOS, Linux dan juga Windows.

MMenurut VideoLAN, perisian berkenaan telah dimuat-turun lebih 3.5 bilion kali sehingga kini, dan VLC mempunyai lebih 1000 penyumbang bebas diseluruh dunia.

Selain pemain media, VideoLAN juga turut membangunkan x264 – salah satu encoder yang popular didunia, dan digunakan perisian penstriman.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan VLC Media Player?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd