Cari @ Amanz

Sebelum ini terdapat laporan jualan telefon pintar Huawei merudum lebih 40% kesan daripada sekatan menggunakan GMS serta komponen cip. Ramai meramalkan Huawei akan menarik diri dari pasaran telefon pintar tetapi mereka segera menyangkal laporan tersebut. Walaupun jualan mereka terjejas teruk di peringkat global, Huawei masih lagi gah di negara asal mereka China.

Menurut laporan IDC yang terkini, sepanjang tahun 2020 Huawei mengeluarkan 124 juta telefon pintar di China. Ini meletakkan mereka di tangga teratas dengan pegangan 38.3% pasaran. Di tangga kedua ialah Vivo (17.7%) diikuti pula oleh Oppo (17.4%) , Xiaomi (12%) dan Apple (11%).

Sepanjang 2020, pengeluaran telefon pintar di China menyusut 11.2%. Menarik sekali di antara lima pengeluar terbesar, hanya Apple menunjukkan peningkatan 10.1% berbanding 2019. Vivo paling terjejas teruk dengan penyusutan -13.5%.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd