Microsoft Edge adalah pelayar web baharu Microsoft yang dibina berasaskan Chrome. Walaupun baru sahaja diperkenalkan (versi Chromium), pelayar web ini sudah menjadi pilihan orang ramai dan adalah antara pelayar web yang popular.

Seperti Google Chrome, Microsoft turut menawarkan versi percubaan seperti beta, pembangunan dan banyak lagi. Ketika Apple mengumumkan cip pemprosesan baharu mereka berasaskan ARM, iaitu Apple M1 – banyak syarikat perisian mula membangunkan dan menawarkan perisian mereka versi natif untuk Mac M1. Terkini, Microsoft Edge sudah menyokong Mac M1 secara natif dan stabil.
Pelayar web ini boleh terus dimuat turun dari laman web rasmi Microsoft. Bagi yang belum menggunakan pelayar web ini, cubalah dan alami pengalaman penggunaan yang jauh lebih baik.
- Muat Turun
- Muat-turun: Microsoft Edge Mac M1