Carian
Kini Anda Boleh Semak Kawasan Liputan Rangkaian Telekomunikasi Melalui Aplikasi Speedtest
February 3, 2021 Aman

Speedtest merupakan salah satu aplikasi yang digunakan ramai dalam melakukan semakan dan ujian kelajuan rangkaian syarikat telekomunikasi masing-masing.

Menariknya, kini Speedtest menawarkan kemaskini pada aplikasi mudah-alih mereka, dan menawarkan ciri baru dinamakan “Coverage Maps”. Speedtest mengatakan ia menggunakan data dunia-nyata untuk pemetaan ini – yang mana mungkin menawarkan paparan data lebih baik daripada apa yang kita lihat pada iklan dan sebagainya.

Menggunakan aplikasi Speedtest ini, pengguna boleh menyemak kawasan liputan untuk rangkaian mudah-alih mereka, dan melakukan perbandingan berkaitan liputan sesuatu rangkaian di kawasan berkenaan.

Ini sekaligus akan membolehkan anda menyemak status rangkaian berkenaan disesuatu lokasi sebelum memilih untuk melanggan perkhidmatan daripada syarikat tersebut.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Speedtest, boleh mengemaskini aplikasi anda dan menikmati ciri baharu ini. Bagi pengguna yang tiada aplikasi Speedtest, boleh memuat-turunnya secara percuma, dan menyemak sendiri kawasan liputan rangkaian telekomunikasi anda.

Komen