Kabel Putus Sebab Vandalisme Membawa Kepada Gangguan Unifi Dan Streamyx Di Sejumlah Lokasi

Diterbitkan pada Feb 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia kini mengumumkan mereka telah mengesan satu insiden kabel putus yang mengakibatkan gangguan sambungan kepada pelanggan Unifi dan juga Streamyx. Ia dikatakan lebih dari satu kabel utama mengalami kerosakkan.

Antara kawasan yang terkesan dengan gangguan ini adalah termasuk di Pantai Remis, Sitiawan, Tanjung Malim dan juga Tapah untuk Streamyx, dan memberikan kesan lebih meluas untuk pengguna Unifi.

TM mengatakan punca kerosakkan ini mungkin adalah disebabkan oleh perbuatan vandalisme.

Proses baik-pulih telah pun dimulakan oleh pihak teknikal, tetapi ia dijangka akan mengambil sedikit masa untuk baik-pulih sepenuhnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami