Sejumlah Perkhidmatan Awanan Dibawah iCloud Sedang Menghadapi Isu

Sejumlah Perkhidmatan Awanan Dibawah iCloud Sedang Menghadapi Isu

Diterbitkan pada Feb 4, 2021 oleh .

iCloud ialah perkhidmatan storan awanan Apple yang lazimnya digunakan oleh mereka yang memiliki peranti-peranti syarikat daripada Cupertino tersebut.

Ia baru sahaja dilaporkan bahawa sejumlah perkhidmatan dibawah iCloud, seperti iCloud Backup, Bookmarks, Contact, Drive, Keychain dan Photos sedang menghadapi isu, dan Apple sedang memperbaikinya.

Melalui laman web Apple System Status, ia dapat dilihat bahawa hanya iCloud sedang menghadapi isu ini, dan perkhidmatan-perkhidmatan lain mereka seperti Apple TV+, Apple Music dan sebagainya tidak mempunyai sebarang masalah.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui apakah yang sedang menyebabkan masalah untuk iCloud, dan bilakah ia akan diperbaiki.


Paling Popular