Kerjasama Apple Dan Kia Adalah Untuk Membangunkan Kereta Elektrik Swapandu

Kerjasama Apple Dan Kia Adalah Untuk Membangunkan Kereta Elektrik Swapandu

Diterbitkan pada Feb 4, 2021 oleh .

Semalam kami ada melaporkan bahawa Apple dan Hyundai-Kia berada di ambang menandatangani kerjasama untuk membangunkan kereta elektrik berjenama Apple, yang mungkin akan dinamakan Apple Car.

Terkini, nampaknya beberapa butiran tambahan telahpun diperlihatkan mengenai kerjasama ini, dimana jika dimeterai, akan melihat Apple menyuntik sekitar RM14.5 bilion kedalam syarikat tersebut.

Apple dan Kia akan bekerjasama dalam membangunkan kenderaan elektrik ini, dimana ia bukan sahaja sebuah kereta elektrik, malah dikatakan akan hadir dengan sistem swapandu terbina.

Kaveat kerjasama ini buat Kia ialah jika benar, Apple nampaknya akan membuat keputusan terakhir mengenai teknologi yang akan dimuatkan didalam kereta elektrik ini.

Ini bukanlah sesuatu yang aneh kerana Apple cukup terkenal untuk mengawal semua aspek dalaman yang digunakan didalam produk-produk mereka.

Satu lagi perkara ialah Apple mungkin akan berkeras untuk membangunkan kereta ini di Amerika Syarikat, walaupun mereka bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif dari Korea Selatan.

Ini bukanlah suatu masalah buat Kia, yang dilaporkan juga mempunyai sebuah kilang pembangunan kenderaan di Atlanta.

Kerjasama ini juga dikatakan akan memudahkan lagi Apple untuk memasarkan kenderaan mereka di pelbagai pasaran secara global.


Paling Popular