Facebook Dihalang Di Myanmar Kerana Dituduh Sebar Berita Palsu Kudeta

Facebook Dihalang Di Myanmar Kerana Dituduh Sebar Berita Palsu Kudeta

Diterbitkan pada Feb 4, 2021 oleh .

Negara Myanmar dikejutkan dengan rampasan kuasa oleh pihak tentera pada Isnin lalu. Akibatnya Aung San Suu Kyi yang memenangi pilihanraya November lalu telah ditahan. Rakyat Myanmar segera menggunakan laman media sosial untuk menyuarakan bantahan dengan video menentang junta tular.

Internet

Menurut laporan Reuters, akses kepada Facebook dan pelbagai aplikasi pemesejan telahpun dihalang di Myanmar sehingga 7 Februari. Alasan yang diberikan pihak berkuasa ialah laman media sosial dan aplikasi pemesejan ini telah digunakan untuk “menyebarkan berita palsu, dan maklumat tidak tepat” yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai serta menyebabkan ketidakstabilan negara.

Tindakan ini dilihat sebagai satu lagi langkah menghalang kebebasan suara di Myanmar. Ianya juga adalah hipokrasi kerana Facebook yang digunakan lebih 50% dari 53 juta warga Myanmar dibenarkan pula beroperasi walaupun menjadi platform popular untuk mengapai-apikan genosid ke atas kaum Rohingya beberapa tahun yang lalu. Lebih memalukan bagi kita di Malaysia, Facebook digunakan juga oleh saudara seagama untuk memomokkan kaum Rohingya yang cuba melarikan diri dari dibunuh.


Paling Popular