Apple Meminta Pembangun Aplikasi Untuk Memulangkan Kit Pembangun DTK – Baucar Diskaun Mac M1 Diberi Sebagai Pampasan

Apple Meminta Pembangun Aplikasi Untuk Memulangkan Kit Pembangun DTK – Baucar Diskaun Mac M1 Diberi Sebagai Pampasan

Diterbitkan pada Feb 4, 2021 oleh .

Pada pertengahan tahun 2020, apabila Apple mengumumkan peralihan kepada penggunaan cip Apple Silicon untuk peranti Mac mereka, syarikat tersebut juga telah meminjamkan kit pembangunan DTK (Developer Transition Kit) untuk memudahkan pembangun mengubahsuai perisian dan aplikasi mereka supaya ia menyokong cip baru tersebut.

Siri komputer Macbook dan Mac yang dikuasakan cip M1 sudahpun tiba di pasaran, dan kini, nampaknya Apple telah mula meminta pembangun-pembangun untuk memulangkan semula kit pembangunan DTK tersebut kepada mereka.

Isunya di sini untuk ramai pembangun-pembangun ini adalah berkaitan pampasan yang ditawarkan oleh Apple. Mereka perlu membayar Apple sebanyak $500 (~RM2000) untuk sebuah unit DTK ini, dan pampasan oleh Apple hanyalah baucar $200 (RM800) untuk mereka membeli sebuah komputer riba MacBook dengan cip pemprosesan M1 tersebut.

Lebih teruk daripada itu, baucar diskaun yang diberikan harus digunakan oleh pembangun sebelum 31 Mei 2021, jika tidak ianya akan lupus.

Ramai daripada mereka mengatakan pampasan baucar tersebut tidak mencukupi untuk membeli sebuah komputer riba MacBook M1 dan merasakan bahawa Apple tidak cukup jujur dan berterima-kasih kepada mereka kerana membangunkan aplikasi-aplikasi mereka untuk komputer tersebut.

Adakah Apple akan melakukan sesuatu untuk memperbaiki hubungan dengan pembangun-pembangun ini? Sama-sama kita tunggu.


Paling Popular