Carian
AcerPure Cool Mula Ditawarkan Di Malaysia –Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM899
February 4, 2021 Amy Maizuraa

AcerPure Cool kini mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Ia merupakan produk memfokuskan gaya hidup daripada Acer yang dilengkapi fungsi dua dalam satu. Di mana, ianya menggabungkan ciri penapis udara dan kipas udara dalam satu produk.

Bagi yang berminat, AcerPure Cool ditawarkan pada harga RM1299. Namun begitu, ia boleh dibeli pada harga promosi serendah RM899 pada 5 Februari 2021. Ia bagaimanapun, tidak berakhir di situ sahaja. Sebaliknya, produk ini juga boleh dibeli pada harga RM999 pada 6 hingga 9 Februari 2021. Promosi masa terhad dan setiap pembelian akan didatangkan dengan gantian penapis HEPA bernilai RM199.

AcerPure Cool menyertakan ciri tapisan udara 3-dalam-1 HEPA filter. Ia dikatakan mampu membuang bahan PM1.0 dan juga menapis bakteria sehingga 99.97% lebih berkesan. Selain itu, AcerPure Cool juga mampu untuk menapis gas berbahaya di samping, membuang bau busuk persekitaran.

Bukan itu sahaja, Acerpure Cool juga dilengkapi ciri pintar yang boleh mengenalpasti kualiti udara persekitaran – sekaligus mengaktifkan ciri tapisan bagi memastikan kualiti udara kekal bersih.

Komen