CEO Xiaomi Bertanya Adakah Pengguna Sanggup Membeli Peranti Xiaomi Berharga Lebih RM6k

Diterbitkan pada Feb 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi sedia terkenal dengan penawaran telefon pintar pada harga kompetitif dan berharga lebih rendah berbanding pesaing lain. Apa pun, dengan trend akhir-akhir ini yang memperlihatkan harga peranti mercu dijual pada harga tinggi, CEO Lei Jun turut telah mula bertanyakan pendapat pengguna.

Melalui laman Weibo, Lei Jun bertanyakan adakah pengguna akan sanggup membeli telefon pintar Xiaomi sekiranya berharga lebih 10,000 Yuan (~RM6280).

Lei Jun bertanyakan apakah pengguna ingin lihat pada telefon berharga sedemikian, dan bagaimanakah ia patut kelihatan.

Beberapa spekulasi mengatakan Lei Jun memberikan petanda untuk telefon Mi Mix akan datang – yang mana merupakan siri berharga paling mahal daripada Xiaomi. Selain itu, Xiaomi juga dijangka akan memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka pada tahun ini.

Bagi anda sendiri, apakah anda ingin lihat pada peranti berharga sedemikian?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami