FoodPanda merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan anda untuk membuat pesanan makanan dengan mudah, dan ia terus dihantar ke rumah atau lokasi semasa anda. Tetapi, ia boleh dikatakan agak sukar untuk membuat perbandingan harga makanan melalui aplikasi berkenaan dan memerlukan anda menyemak satu demi satu kedai dalam mengetahui harga makanan berkenaan.
Dalam memudahkan perkara berkenaan, kini salah seorang pembangun tempatan hadir dengan projek ringkas dinamakan FoodPandai.

Melalui FoodPandai, ia mengakses data lokasi semasa anda untuk mengetahui restoran dan harga makanan berdekatan – dan seterusnya memaparkan makanan berdasarkan harga untuk carian anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda teringin untuk makan “Nasi Goreng Kampung”, maka anda boleh membuat carian, dan mengetahui penawaran daripada restoran mana yang menawarkan harga terendah, dan restoran mana yang menyediakan menu tersebut.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak FoodPandai ini hari ini melalui pelayar web anda.