Google Meet Kini Membenarkan Pengguna Menyemak Perkakasan Sebelum Memulakan Telesidang

Google Meet Kini Membenarkan Pengguna Menyemak Perkakasan Sebelum Memulakan Telesidang

Diterbitkan pada Feb 4, 2021 oleh .

Google Meet merupakan perkhidmatan telesidang dari Google yang ditawarkan kepada hampir semua platform. Ia digunakan oleh orang ramai kerana tiada had, percuma dan padat dengan ciri dan fungsi menarik. Ia juga ringkas untuk digunakan dan sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja tidak kira usia.

Terkini, Google telah menawarkan kemaskini baharu untuk Google Meet. Perkhidmatan telesidang ini kini membenarkan pengguna semak perkakasan sebelum memulakan telesidang. Dengan kebolehan ini, isu seperti masalah mikrofon, video atau pembesar suara boleh dielak.

Sebelum panggilan video bermula, di bawah viewfinder ada butang Check your audio and video yang boleh ditekan untuk memulakan semakan. Buat masa ini, kemaskini ini ditawarkan kepada pengguna perusahaan atau pendidikan sahaja. Pengguna biasa mungkin akan menerima kemaskini ini di masa-masa akan datang.


Paling Popular