TikTok Kini Ditawarkan Untuk Android TV

Diterbitkan pada Feb 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok adalah aplikasi media sosial yang sangat popular. Malah populariti TikTok turut bersaing sengit dengan platform media sosial lain yang sudah lebih lama di pasaran. TikTok selama ini terkenal di platform telefon pintar Android atau iOS. Ada sokongan untuk televisyen seperti Samsung Sero.

TikTok turut dikategorikan sebagai aplikasi hiburan, di mana banyak video boleh menarik, lucu, seronok boleh dihasilkan. Dengan populariti ini, TikTok turut ingin kembangkan lagi kaedah menikmati hiburan di platform mereka ke televisyen pula. TikTok kini ditawarkan untuk Android TV agar pengguna boleh terus tonton dengan paparan yang lebih luas.

Disebabkan video TikTok adalah dalam format menegak, latar belakang di Android TV adalah imej kenit setiap video yang dikaburkan. Dengan penawaran ini, pasti tidak lama lagi TikTok akan ditawarkan di televisten lain seperti Samsung atau LG. Mana tahu Apple TV juga?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami