Cari @ Amanz

Gambar profil akaun Google digunakan untuk hampir kesemua perkhidmatan dan aplikasi Google. Cara mengubah gambar profil adalah dengan log masuk ke laman web akaun Google, dan ubah dari sana. Proses yang agak leceh kerana Google menggunakan konsep satu gambar profil untuk semua.

Terkini, dalam kemaskini aplikasi kenalan Google Contact membenarkan pengguna mengubah gambar profil terus dari aplikasi. Untuk mengubah, tekan gambar profil di bucu atas > di gambar profil akan ada ikon kamera kecil, tekan di situ > tekan Change > pilih gambar dari Google Photos atau peranti atau terus dari kamera.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd