Carian
Google Akan Menggantikan “Google Drive Backup And Sync” Dengan “Google Drive For Desktop” – Versi Perusahaan Kini Untuk Semua
February 5, 2021 Fahim Zahar

Google Drive adalah perkhidmatan storan awan yang cukup terkenal di kalangan pengguna Android. Malah pengguna iOS juga ramai menggunakan perkhidmatan ini kerana ia mudah diakses dari pelbagai platform. Untuk desktop, ia agak leceh kerana pengguna perlu bergantung kepada akses melalui web. Ini kerana perisian versi desktop mereka, Google Drive Backup And Sync tidak begitu mesra pengguna

Disebabkan itu, Google akan menamatkan sokongan perisian desktop ini. Pengguna perusahaan selama ini menggunakan Google Drive File Stream. Kelak Google akan tawarkan versi ini kepada semua pengguna dan tidak lagi mempunyai dua kaedah berbeza, sebaliknya fokus kepada satu kaedah sahaja. Versi ini lebih stabil dan lebih mirip dengan OneDrive untuk Windows yang mana diselarikan terus dari pengurus fail dan perkhidmatan awan berjalan di latar.

Untuk itu, Google Drive File Stream dijenamakan semula kepada Google Drive For Desktop. Tiada perubahan akan berlaku kepada pengguna perusahaan, tetapi sepanjang tempoh tahun 2021 pengguna biasa akan secara perlahan beralih kepada Google Drive For Desktop. Buat masa ini “perubahan” ini akan ditawarkan kepada pengguna perusahaan dan pendidikan terlebih dahulu.

Komen