Tahun lepas, Google memperkenalkan Bedtime Mode dalam Digital Wellbeing yang mana diintegrasikan terus dalam aplikasi jam. Melalui fungsi ini pengguna boleh menetapkan penggera, memilih sama ada untuk mengaktifkan Sunrise Alarm yang akan mencerahkan skrin dari malap sehingga 100% tahap cerah, atau juga selarikan dengan Routine pada Google Assistant.

Pengguna turut boleh menetapkan waktu untuk tidur. Melalui kemampuan ini, peranti akan memberi notifkasi yang waktu tidur telah tiba. Dengan Samsung yang semakin fokus kepada pengalaman penggunaan Android asli, kini aplikasi jam Samsung Clock menawarkan fungsi Bedtime Mode ini. Sama seperti aplikasi jam Google Clock, mod ini turut diintegrasikan dengan Digital Wellbeing.
Kelebihan kepada pengguna Samsung adalah, fungsi ini turut diintegrasikan dengan S Health, di mana pengguna turut boleh memantau kualiti tidur masing-masing.