Razer Thunderbolt 4 Dock Chroma Diperkenalkan – Dermaga Dengan Sokongan 10 Palam Untuk Pelbagai Kegunaan

Diterbitkan pada Feb 5, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan siri CPU Intel generasi ke-11 Tiger Lake, Intel telah memperkenalkan sejumlah ciri baru untuk komputer-komputer riba, termasukklah sokongan teknologi penghantaran terbaru, Thunderbolt 4.

Baru-baru ini, Razer telah memperkenalkan sebuah dermaga Thunderbolt 4 yang dinamakan Razer Thunderbolt 4 Dock Chroma, iaitu aksesori yang menambahkan jumlah palam USB yang hadir pada komputer riba anda.

Dermaga ini hadir dengan sokongan tambahan untuk empat palam Thunderbolt 4 Type-C, tiga palam USB 3.2 Type-A, satu port RJ-45 CAT-5, satu pembaca kad SD dan satu palam audio 3.5mm.

Selain daripada rekaan rangka aluminum berwarna hitam, dermaga Thunderbolt 4 Dock Chroma ini juga hadir dengan sistem pencahayaan RGB di sekelilingnya, menjadikannya berwarna-warni, serasi dengan tema kebanyakan peranti-peranti Razer.

Razer Thunderbolt 4 Dock Chroma ini sudahpun hadir di beberapa pasaran terpilih pada harga $329 (~RM1320).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami