Nubia Red Magic 5S merupakan sebuah peranti mercu yang dioptimasikan untuk permua (permainan mudah-alih). Terkini, ia dilihat sudah mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia. Bagi yang berminat, Nubia Red Magic 5S ditawarkan pada harga RM3,099 dengan pilihan memori 8GB RAM (LPDDR5) dan ruang storan 128GB (UFS 3.1).

Sesi pra-tempahan telah dibuka bermula hari ini sehingga 7 Februari 2021 menerusi kedai atas talian ZTE di Shopee. Setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM218 – yang terdiri dengan Red Magic Universal Pro Handle dan Nubia Red Magic 5S Protective Case.
Untuk spesifikasi, Nubia RedMagic 5S dilengkapi skrin 6.65-inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz. Seterusnya, ia juga menggunakan cip Snapdragon 865, bateri 4,500Ah dan pengimbas cap jari pada skrin. Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – bicu audio 3.5mm, port sambungan USB-C, Bluetooth 5.1 dan sebagainya.
- Info Lanjut : Nubia Red Magic 5S