Nubia juga sedia hadir dengan penawaran jam tangan pintar dan salah satu model terkini daripada mereka adalah Nubia Watch. Jam tangan ini telah dilancarkan di China sekitar bulan Julai tahun lalu. Terkini, ia mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

Bagi yang berminat, Nubia Watch ditawarkan pada harga RM1,099 untuk seunit dan anda boleh mendapatkannya menerusi kedai atas talian ZTE di Shopee. Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu Hitam (Black) dan Hijau (Green).
Nubia Watch dilengkapi rekaan yang sama seakan Nubia Alpha dengan muka jam jenis melengkung. Untuk spesifikasi, ia hadir dengan skrin 4.01-inci OLED dengan resolusi 960 X 192 piksel. Keseluruhan tubuh jam ini diperbuat daripad aluminium dan keluli tahan karat 316L. Seterusnya, ia juga dilengkapi cipQualcomm 8909W (WEAR2100), memori 1GB RAM, storan 8GB dan bateri 425mAh.

Seperti sejumlah jam tangan pintar lain, ia juga menyokong pelbagai fungsi kecergasan dan penjejak kesihatan terbina. Bukan itu sahaja, ia turut menyertakan ciri dan fungsi lain seperti peringatan cuaca, kompas, sokongan eSIM dan sebagainya.
- Info Lanjut : Nubia Watch