Apple sedia terkenal dengan kabel pengecasan yang tidak begitu kukuh. Kabel lightning Apple berwarna putih ini mudah rosak, reput atau menyebabkan wayar-wayar dalaman terkeluar. Tetapi baru-baru ini, Apple mula menawarkan kabel yang lebih kukuh dan tahan lasak – seperti jenis bersulam yang ditawarkan bersama-sama Mac Pro dan turut dijual pada harga RM649.

Ada khabar angin menyatakan iPhone 12 sepatutnya hadir dengan kabel bersulam. Tetapi kabel ini masih tidak kelihatan untuk iPhone, sebaliknya masih kekal dengan kabel yang sama. Terkini, Apple telah mempatenkan struktur kabel yang lebih kukuh dan tahan lasak. Kabel ini dikatakan akan lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ia mempunyai tahap kekakuan yang berbeza apabila dibengkokkan.

Bahagian keras di hujung kabel turut akan digantikan dengan struktur baru yang lebih tahan lasak. Secara keseluruhan, kabel baharu Apple sebenarnya akan mempunyai “sarung” yang lebih tebal agar ia boleh bertahan dengan lebih lama. Turut tidak pasti adalah, peranti manakah yang akan menerima kabel baharu ini dan bilakan Apple akan menjual kabel ini. Sama-sama kita nantikan.