Carian
Xiaomi Memperlihatkan Peranti Konsep Dengan Skrin Kuad-Lengkung
February 5, 2021 Effi Saharudin

Saban tahun Xiaomi akan memperlihatkan visi masa depan mereka kepada umum. Mereka adalah yang pertama menggunakan rekaan tubuh seramik dan nirbingkai dengan Mi MIX. Kini untuk tahun 2021, mereka memperlihatkan pula konsep peranti dengan skrin kuad-lengkung.

https://twitter.com/Xiaomi/status/1357580544796577794

Skrin melimpah keluar pada sudut 88 darjah pada keempat-empat sisi dan hanya terdapat bahagian logam pada bucu untuk mengelakkan skrin dari merekah jika terjatuh. Rekaan bucu logam ini telahpun dapat dilihat pada beberapa peranti lain sebelum ini seperti Mate 40 Pro.

Menarik juga melihat kesemua paparan bateri, selular, notifikasi dan WiFi diletakkan pada sisi kanan skrin yang melengkung. Sekilas pandang peranti kelihatan hampir nirbingkai sepenuhnya. Pada bahagian belakang dapat dilihat hanya satu kamera digunakan tetapi dengan sistem gimbal.

Tidak diketahui sama ada peranti konsep ini akan dihasilkan sebagai peranti sebenar kelak. Yang pasti adakah pengguna di luar sana yang mahukan peranti skrin kuad-lengkung?

Komen