Carian
Google Dilaporkan Sedang Melihat Untuk Memperkenalkan Ciri Anti-Penjejak Pada Android
February 5, 2021 Aman

Apple melalui iOS 14.5 akan memperkenalkan ciri anti-penjejak, sekaligus menawarkan lebih privasi kepada pengguna. Mengikut Apple, kini Google turut dilaporkan bakal memperkenalkan ciri lebih kurang sama pada sistem operasi Android mereka.

Google diperkatakan sedang membangunkan ciri anti-penjejak untuk Android, tetapi tidak seketat yang ditawarkan pada iOS. Buat masa ini, Google diperkatakan pada peringkat awal pembangunan ciri berkenaan dan sedang melihat bagaimana mereka boleh mengehadkan penjejak pada sistem operasi tersebut.

Ia diperkatakan, berkemungkinan Google melihat untuk mengehadkan penjejak, lebih kurang sama seperti pada Chrome, dan menggunakan “Privacy Sandbox” untuk mengehadkan kuki pihak ketiga.

Pada iOS, pelaksanaannya lebih ketat, dan pengguna perlu memberikan kebenaran sebelu sesuatu penjejak dapat beroperasi. Perkara ini sekaligus membawa tekanan kepada sejumlah syarikat, termasuk Facebook terutamanya.

Google sendiri merupakan syarikat gergasi yang menjana pendapatan melalui pengiklanan. Mereka mungkin melihat kepada beberapa kaedah alternatif supaya pengguna terus selesa dengan sistem operasi berkenaan, dan pada masa yang sama tidak memberikan kesan terhadap pendapatan Google sendiri.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan pelaksanaan ciri ini pada Android.

Komen