Cari @ Amanz

Google pada bulan Disember 2020 lepas, telah menamatkan perkhidmatan Google Play Music, dan memfokuskan sepenuhnya kepada penawaran YouTube Music.

Selari dengannya, Google telah menawarkan kemudahan untuk memuat-turun data dan memindahkan ia ke perkhidmatan lain seperti YouTube Music.

Terbaru, Google mengingatkan pengguna yang mana anda mempunyai sehingga 24 Februari 2021 sebelum data pada Google Play Music dipadam sepenuhnya.

Data yang bakal dipadam termasuk senarai muzik anda, sebarang pembelian, dan juga muat-naik. Pengguna dinasihatkan untuk memindahkannya ke YouTube Music secepat mungkin.

Namun, sekiranya anda telah memindahkan ke YouTube Music, maka anda tidak perlu risau berkenaan pemadaman data ini pada penghujung bulan Februari 2021 ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd