Cari @ Amanz

Apple kini telah mula menawarkan kemaskini beta terbuka iOS 14.5, sekaligus membolehkan pengguna yang berminat untuk memuat-turun dan mencuba terlebih dahulu kemaskini perisian yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi untuk iPhone.

Melalui kemaskini ini, Apple menyertakan sejumlah perkara baharu.

Antaranya adalah termasuk kemudahan untuk nyah-kunci iPhone dengan mudah melalui Apple Watch ketika sedang memakai pelitup muka, sokongan penghalang penjejak iklan, sokongan AirPlay 2, dan beberapa perkara lain.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Apple Beta Program hari ini dan mengujinya – atau mungkin turut boleh nantikan versi akhir perisian ini ditawarkan dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd