Menerusi DeX, Samsung cuba memudahkan proses menggunakan telefon pintar mereka seperti sebuah komputer desktop. Pada awalnya pengguna perlu membeli aksesori dermaga khas sebelum sambungan HDMI sahaja diperlukan dan akhirnya secara nirwayar pada televisyen pintar Samsung. Pada Samsung Galaxy S21, ia akhirnya boleh juga digunakan secara nirwayar pada sebuah PC.
Seperti sistem terdahulu, pengguna Galaxy S21 hanya perlu mengaktifkan DeX pada telefon pintar. Kemudian menerusi tetapan pilih Dex on PC secara nirwayar. Peranti kemudian akan mencari PC milik pengguna yang menggunakan rangkaian WiFI yang sama.
Harus diingatkan untuk menggunakan DeX pada PC, pengguna perlu memuat turun aplikasinya ke PC terlebih dahulu. Ciri Link to Windows juga perlu dinyahkatifkan terlebih dahulu supaya tiada gangguan dari ciri Your Phone yang juga disokong PC. Bagi pengguna Mac, buat masa ini DeX hanya boleh digunakan secara berwayar dan selepas aplikasinya dimuat turun. Buat masa ini ciri Wireless Dex on PC hanya disokong pada siri S21 sahaja.