Redmi 9T Adalah Peranti Paling Dicari Ramai Pada Januari 2021

Diterbitkan pada Feb 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Malaysia kinii telah mengeluarkan senarai carian terhangat sepanjang bulan Januari 2021 lepas. Melalui senarai yang dikeluarkan, ia dilihat peranti yang paling ramai cari sepanjang bulan Januari 2021 lepas adalah Redmi 9T.

Perkara ini dilihat selari dengan pengenalan telefon pintar tersebut pada awal Januari 2021, dan dijual pada harga RM599. Prestasinya yang baik pada harga penawaran tersebut dilihat berjaya mencuri hati ramai, dan menjadi antara peranti yang dicadangkan – sekaligus membawa kepada carian yang tinggi di Malaysia.

Selain Redmi 9T, carian yang paling popular pada Januari 2021 adalah Semakan BPN 2021, diikuti Liverpool vs Man United, dan Pulau Laki.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami