Pemalam The Great Suspender Dibuang Dari Chrome Web Store Kerana Dipercayai Perisian Hasad

Diterbitkan pada Feb 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pemalam The Great Suspender dilancarkan hampir enam tahun lalu sebagai cara mengawal penggunaan RAM yang tinggi pada pelayar web Chrome. Ia adalah antara pemalam yang kami sendiri gunakan kerana geram dengan Chrome yang menggunakan RAM seperti seekor kuntilanak.

Google semalam telah membuang pemalam ini dari Chrome Web Store selepas timbul laporan ia kini bertindak seperti sebuah perisian hasad. Pembangun asal telah menjual pemalam ini kepada sebuah syarikat baharu. Beberapa perubahan telah dilalukan pada kod yang kini menjejak pergerakan pengguna dan dipercayai membaca kata laluan yang digunakan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami