Apple sering merahsiakan sesuatu pembangunan projek mereka, dan tidak begitu selesa dengan ketirisan serta pelbagai laporan yang masih dalam pembangunan.
Akhir-akhir ini, kita sedia mendengar sejumlah laporan baru hadir berkaitan perbincangan pemmbangunan kereta Apple bersama Hyundai dan anak-syarikat mereka Kia. Perkara ini, dilihat membuatkan Apple tidak begitu selesa, dan kini telah menghentikan perbincangan berkaitan dengannya.
Ia tidak diketahui bilakah perbincangan antara kedua-dua pihak akan diteruskan. Menurut Bloomberg, hanya terdapat beberapa syarikat automotif di dunia yang mempunyai kapasiti pengeluaran kenderaan yang tinggi, dan tidak diketahui berapa ramai yang ingin bekerjasama dengan pihak Apple.
Selain bersama Hyundai dan Kia, Apple juga sedang berbincang perancangan mereka bersama sejumlah pengeluar automotif yang lain.
Kemasukkan Apple dalam arena automotif dijangka memberikan tekanan dan cabaran kepada pengeluar kenderaan yang lain. Sebelum ini, Apple diperkatakan akan membangunkan sistem swapandu mereka tersendiri, tetapi kini nampaknya Apple ingin mengeluarkan kenderaan mereka sepenuhnya.