Guna Google Chrome? Kemaskini Pelayar Web Anda Hari Ini

Diterbitkan pada Feb 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini telah mula menawarkan kemaskini untuk pelayar web Chrome, mengatasi salah satu kerentanan sekuriti serius pada pelayar web berkenaan.

Buat masa ini, Google meminta pengguna mengemaskini pelayar web mereka kepada versi terbaru – dan masih belum mendedahkan sepenuhnya kerentanan berkenaan. Perkara ini adalah suatu perkara biasa dalam memastikan semua pengguna mengemaskini terlebih dahulu, dan mengelak kerentanan berkenaan disalah gunakan oleh beberapa pihak.

Mengikut beberapa penganalisa, kerentanan baru ini dijangka membolehkan pengguna menjadi mangsa kepada perisian hasad, dan membolehkan perisian hasad dijalankan pada sistem.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, anda diminta mengemaskini pelayar web anda sekarang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami